
Diantara sukan yang paling banyak memberi manfaat pada tubuh badan manusia adalah Joging. Dengan berjoging bukan sahaja dapat memberi kebaikan pada badan malah memastikan otak kita juga berada dalam keadaan yang sangat baik.
Meghan Kennihan, ketua jurulatih pasukan Pelari Amarika dan pasukan Triathlon USA berkata, “Sukan larian (Joging) ini adalah satu aktiviti cardiovascular yang paling mudah kita semua mampu lakukan, dan manfaatnya hampir kepada seluruh anggota badan.”

Dengan berjoging, ia dapat membantu menguatkan jantung, tekanan darah, berat badan, fungsi paru-paru, ketahanan otot, dan sendi. Kajian juga menunjukkan bahawa dengan berjoging boleh menstabilkan mental kita dengan membuat kita berasa tebih tenang dan kurang stress malah membolehkan kita untuk dapat tidur malam yang nyenyak.
7 Kelebihan Berjoging
1. Ia Sangat Mudah
Di samping berjalan kaki, Joging tergolong dalam aktiviti senaman yang paling mudah. Tidak seperti bermain bola sepak ataupun badminton, berjoging adalah sesuatu yang boleh kita lakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Hanya dengan memakai kasut dan anda telah bersedia untuk berjoging tidak kira sama ada di atas treadmill, jalan, taman atau disekitar kawasan rumah. Tempat untuk kita berjoging ini tidak ada limit. Selagi ada permukaan yang sesuai, selagi itulah ia sesuai untuk berjoging.
2. Murah
Bayaran keahlian Gym atau mencari studio senaman Aerobic juga menelan belanja yang tinggi setiap bulan jiga dibandingkan dengan berjoging. Ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan tidak memerlukan sebarang peralatan. Apa yang kita perlukan untuk berjoging adalah sepasang kasut sukan sahaja.
3. Membantu Meninggatkan Kesihatan Kardiovaskular
Berjoging membantu membina jantung yang kuat dan sihat. Satu kajian dari Jurnal American College of Cardiology mendapati bahawa orang yang berjoging mempunyai 30 peratus risiko kematian lebih rendah dari orang yang mati kerana penyakit biasa dan 45 peratus lebih rendah dari penyakit jantung.
Dalam kajian yang sama turut mendapati mereka yang berjalan/berjoging 5 hingga 10 minit sehari cukup untuk mengurangkan risiko kematian akibat masalah kardiovaskular secara khususnya.
4. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Berjoging boleh menjadi cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Jumlah kalori yang dibakar boleh berubah-ubah bergantung pada intensity larian kita sama ada dengan kadar larian yang sukar atau senang. Makin sukar larian bersebut (makin laju atau makin jauh) maka makin banyak kolori yang dapat dibakar.
Sekiranya anda dalam proses membina otot badan, maka berjoging sahaja adalah tidak bagus untuk anda kerana dengan berjoging ini bukan sahaja dapat membakar lemak malah turut mengecilkan otot. Jadi sekiranya anda dalam proses untuk mendapatkan badan yang sado, anda perlu selang-selikan rutin senaman anda dengan pergi ke gym.
5. Menguatkan Kaki dan Core Muscles
Walaupun berjoging ini merupakan aktiviti yang simple tapi ia dapat memberi manfaat kepada beberapa Core muscles yang ada dalam badan kita seperti betis, hamstring, quads dan adductors (otot dalaman paha).
Berjoging ini secara automatik menguatkan core muscle anda dan menstabilkan bahagian pinggul. Core yang kuat bagus untuk membantu keseimbangan, kestabilan dan stamina dalam aktiviti harian.
6. Menguatkan Tulang
Berjoging adalah satu senaman berat yang memberi tekanan kepada tulang cukup kuat untuk membantu membina kepadatan tulang tersebut sehingga menjadikan tulang tersebut lebih kuat. Untuk mendapatkan kekuatan tulang yang baik, anda tidak perlu menjalani latih tubi yang sukar dan memenatkan, cukup sekadar berjoging secara konsisten.
7. Menstabilkan Emosi

Joging juga boleh membantu untuk kesihatan mental dan emosi. Kajian terhadap sukan larian ini menunjukkan bahawa senaman bukan sahaja dapat membantu menstabilkan tekanan dan kebimbangan, ia juga boleh membantu meningkatkan mood anda.
Hasil penyelidikan dari Arkib Perubatan Fizikal dan Pemulihan mencadangkan bahawa aktiviti aerobik yang kerap seperti berjalan/berjoging boleh membantu menjaga fikiran yang tajam seiring dengan umur anda.
“Running is about finding your inner peace, and so is a life well lived.”
Dean Karnazes
Garisan Penamat
Faedah yang diperolehi dari aktiviti berjoging ini tidak terhitung, baik dari segi mental dan fizikal. Bukan sahaja membakar kalori, menguatkan sendi dan otot, dan secara amnya meningkatkan kecergasan, tetapi juga cara yang baik untuk meningkatkan stamina.
Sekiranya anda tidak mampu untuk berjoging, berjalan juga boleh membantu meningkatkan kualiti tidur, menurunkan tahap tekanan, dan melawan penyakit kardiovaskular.

Jika anda baru mula untuk berjoging, pastikan anda mempunyai kasut sukan (Running Shoes) yang sesuai dengan kaki bagi mengelakkan anda mengalami kecederaan semasa berjoging. Mulakan larian anda secara perlahan dan jangan paksa badan anda sekiranya anda telah penat. Sentiasa minum air kosong yang banyak bagi mengelakkan badan anda terhidrasi semasa anda berjoging nanti.
Ok aku nak jogging gak. Boleh kurus!
Yb Baby recently posted…Jiwa Yang Besar
Of coursen YB Baby..raya ni dah boleh pakai baju saiz s dah ni